Ranking FIFA Malaysia Naik 7 Anak Tangga, Kini 147
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Ranking skuad kebangsaan Malaysia kini berada di kedudukan ke-147 dunia, kedudukan terbaik sejak 8 tahun yang lalu.

Malaysia memperoleh penambahan 22.48 mata untuk tempoh 1 April hingga 22 Julai 2022 sekaligus mengumpul 1057.54 mata berbanding kemas kini terdahulu, 1035 mata.

Kemenangan terhadap Brunei, Hong Kong, Turkmenistan dan Bangladesh membantu pasukan negara meraih 22.48 mata sekaligus memperbaiki ranking FIFA Malaysia.

Advertisements

Kali terakhir pasukan negara berjaya memiliki ranking sekitar 14x adalah pada tahun 2014 iaitu di kedudukan ke-141 dunia.

Sebelum ini, Malaysia berjaya mencipta sejarah layak ke Piala Asia secara merit buat kali pertama sejak 43 tahun lalu sekaligus menerbitkan bibit-bibit keyakinan pasukan Malaysia akan kembali bangkit di bawah kepimpinan Pengurus & Ketua Jurulatih baru Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram