Ranking FIFA: Nasib Malaysia Bakal Berubah Jika Atasi Chinese Taipei
Harimau Malaya
Edited By FZ
Advertisements

Ranking FIFA Malaysia: Nasib Malaysia bakal berubah sekiranya berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Chinese Taipei.

Skuad kendalian Kim Pan-gon dalam misi besar untuk menyalakan harapan seluruh rakyat Malaysia bagi menyaksikan kejayaan pasukan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Harimau Malaya memerlukan sekurang-kurangnya 7 jaringan ke atas Chinese Taipei sambil mengharapkan pasukan ke-77 dunia, Oman dapat mengatasi Kyrgyzsyan di laman sendiri.

Advertisements

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu optimis untuk mengeluarkan kudrat terbaik daripada anak buahnya bagi memastikan Malaysia lolos ke pusingan berikutnya.

Kemenangan ke atas anak didik Gary White bakal membolehkan Harimau Malaya memungut tambahan +10.23 mata dan menjadikan mata keseluruhan kepada 1107 mata.

Advertisements

Hal ini membolehkan skuad kebangsaan melonjak dua tangga ke kedudukan 133 dunia berbanding 135 dunia ketika ini dan meninggalkan pesaing terdekat, Indonesia di tangga ke-136 dunia dengan 1097 mata berdasarkan kemas kini ranking FIFA.

Harimau Malaya juga akan memintas kedudukan negara seperti Faroe Islands (134) dan Rwanda (135).

Advertisements

Situasi ini juga mengukuhkan langkah Malaysia sebagai pasukan ke-3 terbaik di Asia Tenggara di belakang Vietnam (113) dan juga Thailand (100).

Aksi Malaysia dan Chinese Taipei akan berlangsung pada 11 Jun 2024 jam 9 malam di SNBJ.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram