Ranking FIFA: Peluang Malaysia Naik 3 Tangga Terbuka Luas
MakanBola
Edited By FZ

Ranking FIFA: Peluang Malaysia untuk meraih mata maksimum dan melonjak 3 anak tangga kembali terbuka luas.

Skuad kendalian Pau Marti lulus ujian pertama apabila menewaskan Filipina dengan keputusan 2-1 hasil ledakan Syamer Kutty dan Safawi Rasid.

Kemenangan itu membolehkan pasukan kebangsaan meraih mata maksimum untuk memperbaiki kedudukan negara.

Berdasarkan kemas kini ranking FIFA, Harimau Malaya kini menghuni tangga ke-134 dunia dengan 1112 mata selepas menundukkan The Azkals.

Kemenangan di pentas final berdepan Lubnan bakal menyaksikan skuad negara memperoleh tambahan +5.68 untuk mengumpul 1117.68 mata untuk melonjak tiga tangga ke kedudukan 131 dunia.

Ini juga membolehkan pasukan kebangsaan memintas kedudukan jiran, Indonesia yang mengumpul 1115 mata ketika ini.

Sekiranya Malaysia mengatasi lawan menerusi penentuan sepakan penalti (+3.18 mata), tewas penentuan penalti (+0.68 mata) dan tewas 90 minit ditolak -4.32 mata FIFA.

Aksi antara Malaysia dan Lubnan bakal berlangsung pada 8 September 2024 jam 9 malam di Bukit Jalil.