Advertisement
Ranking Masa-Nyata FIFA: Kedudukan Terkini Malaysia Selepas Tewas Di Tangan Oman
Harimau Malaya
MakanBola
Fifa World Cup

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia terlepas peluang untuk menghuni kelompok 120 terbaik dunia selepas tewas di tangan Oman dengan keputusan 2-0.

Skuad kendalian Kim Pan-gon menurunkan kesebelasan terbaik untuk mencari kemenangan ketika selepas menundukkan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.

Hasrat besar itu bagaimanapun tertangguh apabila pulang dengan kekecewaan dari Muscat, Oman selepas tuan rumah mendapat tiga mata berharga.

Keadaan ini memberikan kesan yang besar kepada usaha skuad negara untuk memasuki kelompok 120 terbaik dunia.

Berdasarkan kiraan masa-nyata FIFA, Harimau Malaya kehilangan -8.02 mata yang menjadikan pungutan mata terkini kepada 1103 mata.

Kekalahan ini menyaksikan Malaysia turun dua tangga ke kedudukan 134 dunia berbanding tangga ke-132 dunia sebelum ini dan dipintas oleh negara seperti Rwanda dan Nicaragua.

Skuad negara akan pulang beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac 2024 menentang Oman pada jam 10 malam.

Baca penuh: Malaysia Tewas Kepada Oman