Pasukan Malaysia berpeluang untuk meninggalkan Indonesia dengan perbezaan mata besar berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA.
Skuad kendalian Pau Marti bakal berdepan ujian pasukan ke-125 dunia, India di Hyderabad pada 18 November ini.
Kemenangan ke atas The Blue Tigers membolehkan Harimau Malaya meraih tambahan +5.16 mata FIFA sekaligus berpeluang untuk meninggalkan kedudukan jiran, Indonesia.
Malaysia berpotensi untuk mengumpul sekitar 1122 mata sekiranya menundukkan India manakala kekalahan Indonesia di tangan Arab Saudi bakal menyebabkan anak buah Shin Tae-yong kehilangan -5.16 mata.
Kekalahan bakal menyebabkan Indonesia mengumpul 1110.1 mata dan turun 6 tangga ke kedudukan 135 dunia berbanding 129 ketika ini.
Ini bakal menjadikan kedudukan akhir Malaysia di tangga 128 dunia dan dipisahkan dengan 7 tangga berbanding Indonesia pada kedudukan ke-135 dunia.
Pertemuan terakhir antara Malaysia dan India menyaksikan kemenangan berpihak kepada skuad negara dengan keputusan 4-2 sementara Sang Garuda berjaya mengikat Arab Saudi pada pertemuan September lalu.
Aksi antara India dan Malaysia berlangsung pada 18 November sementara Indonesia bertemu Arab Saudi di Jakarta pada 19 November.
Indonesia ketika ini menghuni tangga tercorot Kelayakan Piala Dunia 2027 dengan 3 mata selepas tiga keputusan seri dan dua kekalahan.