Ranking Masa Nyata FIFA: Malaysia Pintas Kedudukan Lithuania, Hampiri Kedudukan 142 Dunia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Selepas meraih 4.28 mata tambahan mata ranking FIFA untuk 2 aksi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Kemboja dan Maldives, Malaysia sekali lagi mencatatkan unjuran positif dan konsisten untuk 2 perlawanan awal Piala AFF 2022.

Dalam kemas kini rasmi terbaru FIFA, Malaysia kini berada dikedudukan ke-145 FIFA dengan mata keseluruhan sebanyak 1066.66.

Kemenangan ke atas Myanmar sebelum ini memberikan Malaysia tambahan 2.21 mata manakala kemenangan 5-0 ke atas Laos pula memberikan Malaysia tambahan 1.74 mata sekaligus mengumpul keseluruhan mata sebanyak 8.23 selepas 4 perlawanan terakhir.

Advertisements

Kini berdasarkan kiraan masa nyata, Malaysia mengumpul keseluruhan mata sebanyak 1070.55 sekaligus memintas kedudukan Lithuania dikedudukan 144.

Malaysia kini turut menghampiri negara Afrika, Eswatini yang kini berada di kedudukan ke-143 dunia dengan 1,070.89 mata.

Sekirannya Malaysia berjaya mengejutkan Vietnam di Hanoi kelak, Malaysia bakal memperoleh tambahan mata sebanyak 3.25 sekaligus berpeluang berada di kedudukan ke-142 dengan keseluruhan mata sebanyak 1073.8 memintas negara dari Utara Amerika, Nicaragua.

Advertisements

Kemas kini rasmi ranking FIFA seterusnya akan dikeluarkan pada April, 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram