Rans Cilegon Mungkin Tak Jadi Bawa Masuk Mesut Ozil, Harganya Terlalu Mahal
Asia Tenggara
Daniel Leal-Olivas / AFP – Getty
Advertisements

Menerusi hantaran Instagram stories @_rudysalim, terpapar beberapa perbualan di antara Rudy dan pemilik kelab Rans Cilegon, Raffi Ahmad yang runsing dengan tanda harga Mesut Ozil yang kini beraksi bersama kelab Turki, Fenerbahçe.

Sebelum ini tular berita berkenaan sebuah kelab Liga 1 Indonesia, Rans Cilegon yang dikatakan ingin membawa masuk pemain ternama dunia, Mesut Ozil ke Indonesia.

“Habis kita buat apa ni?” kata Rudy Salim.

Advertisements

“Habis berbincang dengan Rudy Salim,” sampuk Raffi Ahmad.

“Mahu bawa masuk siapa? Mesut Ozil,” balas Roofi.

Kemudian Raffi Ahmad dengan ringkasnya menjawab “Mesut Ozil mahal! Pusing!” sambil menggaru kepalanya.

Advertisements

Mesut Ozil dibayar oleh gergasi Turki, Fenerbahce dengan tanda gaji kira-kira RM7.9 juta sebulan dan berita kemasukkannya ke kelab Indonesia dilihat oleh sebahagian pemerhati bola sepak sebagai pura-pura dan tidak masuk akal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram