Pemain pertahanan Manchester United, Raphael Varane telah meluahkan kekecewaannya terhadap Persatuan Bola Sepak England (FA England) berkenaan isu jadual padat dan perubahan masa tambahan.
Varane menyatakan bahawa para pengurus dan pemain telah berkongsi kebimbangan sejak sekian lama tentang perlawanan yang terlalu banyak dan jadual padat yang boleh memberi kesan kepada aspek fizikal dan mental pemain.
Malah kini mereka berhadapan pula dengan peraturan baharu FA England yang menyaksikan masa tambahan bakal dipanjangkan mengikut kesesuaian pengadil perlawanan.
Varane berpendapat keluhan para pemain tentang isu ini tidak didengari oleh FA England malah FA England memutuskan pula untuk memanjangkan masa tambahan permainan.
Pemenang Piala Dunia 2018 ini juga menyatakan dirinya amat cintakan bola sepak dan ingin memberikan aksi yang terbaik kepada para penyokong. Namun baginya tindakan FA England dilihat boleh merosakkan prestasi para pemain bola sepak profesional.
Varane juga merasakan isu ini amat penting dan perlu diberi perhatian kerana boleh menjejaskan sukan bola sepak.
Masa tambahan yang panjang mula diperkenalkan pada kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar tahun lalu. Musim ini Premier League turut menggunakan peraturan baharu tersebut dimana tambahan masa 8 minit telah diberikan sewaktu perlawanan Perisai Komuniti 2023/2024.