Rashford Kini Menjadi Seorang Doktor
Dunia
Manchester United
Advertisements

Pemain kelahiran England, Marcus Rashford menjadi penerima termuda untuk gelaran doktor kehormatan dari Universiti of Manchester yang berlangsung di stadium Old Trafford semalam.

Beliau juga sebelum ini telah menerima gelaran MBE (Most Excellent Order In British Empire) iaitu anugerah ketiga tertinggi yang diberi oleh kerajaan British itu sendiri. 

Anugerah Doktor Kehormat yang diberi kepada pemain Manchester United itu membawa maksud suatu anugerah khas dari pihak Universiti bagi menghargai jasa, pencapaian serta sumbangan seseorang individu terhadap masyarakat dan negara. 

Advertisements

Antara sumbangan yang telah beliau lakukan antaranya ialah membantu kanak-kanak di United Kingdom semasa wabak COVID-19 berlaku. 

Oleh itu, usaha yang beliau lakukan layak diberikan pujian kerana ianya bukanlah suatu tugas yang mudah bagi seorang pemain bola sepak berstatus bintang mempunyai ruang dan masa untuk membantu masyarakat dan negara pada masa yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram