Rasmi: Azri Azerai Kini Pemegang Majoriti Saham KL City
Dunia
KL City FC
Advertisements

Akhirnya, KL City kini sah mendapat pemilik baru. Ini selepas pemilik baru City Boys, Azri Azerai memuatnaik siaran media berkenaan status syarikatnya, Rinani Group sebagai pemegang saham majoriti kelab berkenaan di Twitter hari ini.

Majlis pemeteraian perjanjian pengambilalihan itu diadakan semasa rehat separuh masa Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 membabitkan KL City dan Perak beberapa hari lepas.

Pemeteraian perjanjian dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad dan Azri yang mewakili Rinani Group. Ia turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di hadapan 7,000 penyokong di Stadium Cheras.

Advertisements

Azri yang juga anak kepada jutawan terkenal, Datuk Seri Noor Azerai Ahmad mula menyimpan minat untuk melabur dalam pasukan Liga Malaysia semasa masih belajar di England.

Sebaik menyedari potensi yang ada dalam pasukan-pasukan bola sepak tempatan termasuk peluang pelaburan, hasrat itu didedahkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah sebaik pulang ke tanah air.

“Ketika saya sedang melanjutkan pelajaran di London, saya ada terbaca berita mengenai kelab bola sepak Malaysia yang perlu menjalani proses penswataan dan ini menarik minat saya untuk mengembangkan perniagaan kami ke dalam industri sukan.

Advertisements

“Walaupun saya cenderung kepada sukan ragbi, tetapi saya difahamkan dari 30 juta penduduk Malaysia, 10 peratus atau tiga juta individu adalah peminat sukan bola sepak dan ini jelas akan memberikan syarikat kami lebih capaian dan penglibatan dalam masyarakat menerusi sukan ini.

“Kami yakin untuk melabur selepas melihat semakin banyak syarikat korporat yang melabur dalam bola sepak tempatan dan selepas perbincangan bersama ahli-ahli korporat yang lain, Rinari memutuskan untuk menyertai keluarga bola sepak.

“Kuala Lumpur City FC dipilih kerana ia adalah kelab ibu kota Malaysia dengan rekod yang baik dan mereka mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif yang juga bekas pemain bola sepak yang memahami tentang sinergi bisnes dan bola sepak selain syarikat kami yang berpangkalan di Lembah Klang.

Advertisements

“Selain itu saya juga memberikan kredit kepada DNA dan sikap yang disemai dan ditunjukkan oleh Stanley Bernard dan ketua jurulatih Bojan Hodak,” kata bekas graduan The London Institute of Banking & Finance itu kepada portal FlashSukan.

Dengan pengambilalihan kini sudah dimuktamadkan, banyak perkara yang mahu direalisasikan Azri sebagai pemilik baru City Boys. Ini termasuk mengadakan kerjasama dengan sebuah kelab UAE seperti yang didedahkannya beberapa hari sebelumnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram