Rasmi: Dion Cools Sah Perkuat Buriram United
Dunia
Buriram United
Advertisements

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Johan Cools (Dion Cools) secara sah berkelana ke bumi Thailand, menyertai pasukan Buriram United.

Dalam satu hantaran di laman media sosial Buriram United hari ini, Cools telah diumumkan secara rasmi sebagai pemain baru mereka musim ini.

Desas-desus kehadiran Dion Cools ke Buriram United ini tidaklah sekencang dengan khabar angin tentang perpindahannya ke JDT. Kini teka-teki tersebut telah terjawab dan pertahanan kacukan Malaysia/Belgium itu secara sah menjadi tonggak baru buat Buriram United.

Advertisements

Setakat 15 perlawanan yang telah diharungi Buriram, kelab termahal Asean itu kini berada di kedudukan pertama Liga Thai 1 dengan mengutip sebanyak 39 mata dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah.

Buriram United kini sedang berada dalam momentum terbaik mengutip mata dalam setiap perlawanan.

Kehadiran Cools semestinya bakal menjadi tonik tambahan buat kem kendalian Masatada Ishii dalam usaha untuk memburu takhta kejuaraan Liga Thai 1 bagi musim 2022/2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram