Rasmi: India Sertai Pestabola Merdeka
Dunia
Indian Football
Advertisements

Pasukan kebangsaan India telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan September tahun ini.

Baru-baru ini telah tular isu apabila pihak Persatuan Bolasepak India (AIFF) menyatakan kekecewaan selepas tidak diundang bagi menyertai kejohanan ini.

Perkara ini telah pun disahkan oleh setiausaha badan tersebut, Shaji Prabakaran yang memaklumkan bahawa terdapat perbincangan yang diadakan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Advertisements

Beliau telah menyatakan hasrat mengenai penyertaan India dalam kejohanan ini dan akhirnya mengesahkan penyertaan pasukan yang berada pada kedudukan ke-106 dunia ini.

Makluman ini telah pun diumumkan oleh Asean Football menerusi satu hantaran sekaligus bakal menyaksikan terdapat kira-kira 4 pasukan bakal menjadi peserta.

Sebelum ini, FAM difahamkan akan menghantar surat jemputan kepada dua pasukan gergasi Asia Tenggara, Vietnam dan Thailand dengan satu lagi pasukan bakal diisi sama ada oleh Syria atau Palestin.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram