Johor Bahru: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim hari ini memperkenalkan rekaan jersi baru untuk musim 2020 yang ringkas tetapi kemas.
Paling menarik perhatian adalah rekaan jersi “custom made” dari Nike dan tanpa cetakan penaja dihadapan tidak seperti kebanyakan kelab bola sepak lain.
JDT menerusi laman Facebook rasminya juga menyertakan video pelancaran rekaan baru ini:

Menurut salah seorang peminat pasukan JDT, Afeef Adwan; pasukan lain sudah menyebarkan video jersi dalam negara, maka JDT buat 1 video di luar negara.
“Video dalam negara, semua team dah ikut tiru. Kali ini J buat video di luar negara pula. J kekal sentiasa meluaskan kuasanya”

JDT juga memaklumkan maksud ketiadaan cetakan penaja di hadapan sebagai lambang nilai komersial JDT yang besar.
“Ketiadaan nama penaja pada bahagian hadapan jersi sinonim dengan Misi RM1Billion dalam menggambarkan bahawa kelab mampu untuk berdiri sendiri melalui ‘commercial value’ JDT. Adanya penaja merupakan satu bonus.”
“Warna Merah Biru di jersi ‘home’ melambangkan negeri Johor. Warna Putih di jersi ‘away’ melambangkan stadium baharu manakala warna emas simbolik pada kejayaan-kejayaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).” Jelas laman Facebook JST.