Rasmi: MFL Perkenal Sepak Mula Waktu Siang
Dunia
Syafiq Freman
Advertisements

Aksi Liga Super 2023 bakal membawa satu lagi perubahan besar apabila perlawanan akan diadakan bermula waktu petang.

Menerusi satu pengumuman oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), waktu bagi setiap aksi akan terbahagi kepada beberapa kelompok waktu yang telah dibincangkan.

Bagi aksi di Semenanjung, perlawanan akan bermula seawal jam 5:15-5:30 petang manakala disusuli dengan aksi pada jam 8:25 atau 9 malam.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Sabah dan Sarawak akan bermula lebih awal apabila dijangka sepak mula berlangsung sekitar jam 4:30-4:45 petang.

Namun begitu, terdapat sedikit kelewatan bagi aksi Liga Super ketika bulan Ramadhan yang menyaksikan ia bakal bermula pada jam 10malam waktu tempatan dan 9:15 waktu Sabah Sarawak.

Kelainan yang cuba dibawa oleh MFL ini bagaimanapun bakal tertakluk kepada penyiar rasmi juga.

Advertisements

Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada para penonton untuk merasai kelebihan aksi pada waktu petang terutamanya pada hujung minggu.

Pada musim lalu, terdapat beberapa buah pasukan sudah pun mengadakan aksi pada waktu petang termasuklah perlawanan di Kota Bharu melibatkan Kelantan dan juga aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) iaitu JDT.

Liga Super akan berlangsung pada dari 24 Februari hingga 17 Disember dan dalam tempoh tersebut juga turut berlangsung aksi Piala FA dan Piala Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram