Rasmi: Nafuzi Zain Sertai Kedah Musim 2023
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain sah meninggalkan pasukan bagi mengendalikan Kedah Darul Aman bagi musim 2023.

Pengendali kelahiran Kelantan itu mengendalikan pasukan Pantai Timur itu dengan cukup cemerlang sejak dua musim kebelakangan ini.

Malah, beliau berjaya membawa Terengganu untuk layak ke pentas akhir Piala FA dan juga menamatkan saingan di tempat kedua liga sekaligus mengesahkan slot ke Asia.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan selepas pertembungan menentang Selangor hari ini, jurulatih muda berusia 44 tahun itu mengesahkan penghijrahannya ke pasukan Hijau Kuning bagi musim hadapan.

Hal ini sekaligus menamatkan spekulasi tentang masa depannya selepas dikaitkan dengan beberapa pasukan gergasi Liga Super.

Nafuzi Zain juga dilaporkan akan membawa beberapa orang anak muridnya di Terengganu termasuklah pemain import bagi memperkuat pasukan Kedah untuk memulihkan reputasi mereka semula.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram