Rasmi: PJ City Sah Tidak Beraksi Dalam Liga Super 2023
Dunia
Azri/MakanBola
Advertisements

Petaling Jaya City FC (PJ City) memaklumkan mengenai masa depan kelab apabila mengesahkan pasukan tidak akan mengambil bahagian dalam bola sepak Malaysia pada tahun 2023.

Menerusi satu kenyataan oleh Presiden Kelab PJ City, Dato’ Sri Subahan Kamal hari ini, beliau memberitahu berkenaan hala tuju kelab setelah pelbagai khabar angin timbul di media sosial sejak kebelakangan ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa kedudukan kewangan bukanlah satu masalah buat mereka kerana telah pun terlibat dalam industri sukan sejak sekian lama dalam pelbagai jenis sukan di Malaysia.

Advertisements

Namun begitu, beliau yakin ada banyak cara untuk Qnet menyumbang dalam pembangunan bola sepak Malaysia sambil mengambil kira perjalanan kelab pada masa depan.

Penambahan pemain import akan rumitkan keadaan terutamanya buat PJ City yang turun secara sepenuhnya bergantung kepada kudrat pemain tempatan. 

Namun begitu, pihak pengurusan kelab amat berasa bangga kerana dapat memberi sumbangan apabila beberapa pemain kini mendapat tempat buat pasukan kebangsaan.

Advertisements

PJ City juga terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin mengambil alih pasukan selepas pihak pengurusan memiliki perancangan lain pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram