Ramon Marcote Sah Ke Selangor
Dunia
Selangor FC/ FA Kedah
Advertisements

Dengan saingan Liga Malaysia bakal bermula bulan hadapan, banyak pasukan sedang membuat penambahbaikan dari segi kemasukan pemain dan jurulatih baharu. Selangor FC juga tidak terkecuali daripada melakukannya.

Sebentar tadi, Selangor membuat kejutan dengan membawa masuk bekas pengendali pasukan Kedah dari Sepanyol, Ramon Marcote. Marcote dibawa masuk ke Selangor sebagai pembantu jurulatih kedua buat pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe. Pengumuman tersebut telah dihebahkan melalui laman sesawang rasmi Selangor FC.

Marcote sebelum ini pernah bekerjasama bersama Tan Cheng Hoe, sekitar tahun 2015 sebagai Jurulatih Kecergasan dan nama beliau sebenarnya amat sinonim di kalangan penyokong pasukan Kedah selepas hadir semula ke Kedah sebagai ketua jurulatih pada tahun 2018.

Advertisements

Nidzam Jamil dan Ramón Marcote akan bekerjasama bagi membantu Tan Cheng Hoe menyusun strategi dalam memperbaiki kelemahan serta memperkukuhkan kekuatan pasukan bagi menghadapi Liga Malaysia 2023.

Dalam masa yang sama, Selangor juga telah membawa masuk seorang lagi wajah baharu bagi membarisi barisan kejurulatihan Gergasi Merah, Fouzi Mukhlas, yang menggalas tanggungjawab sebagai Jurulatih Penjaga Gol musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram