Rasmi: Syihan Hazmi Sertai JDT
Dunia
JOHOR SOUTHERN TIGERS
Advertisements

Penjaga gol utama pasukan kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi secara rasminya diumumkan selaku pemain baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2023.

Pasukan kendalian Esteban Solari ini sudah pun diperkasakan dengan beberapa muka baharu antaranya ialah kemasukan semula bekas penyerang, Diogo Luis Santo daripada BG Pathum.

Skuad Harimau Selatan juga secara rasminya telah mendapatkan khidmat bekas perancang tengah Penang FC, Endrick Dos Santos yang juga merupakan warganegara Malaysia kelak.

Advertisements

Hal ini telah disahkan sendiri oleh pemilik kelab JDT, Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam satu komen yang ditinggalkan.

Posisi penjaga gol pernah diuar-uarkan oleh Baginda TMJ menerusi Instagram Storynya sekaligus menimbulkan tanda tanya peminat.

Perkara ini akhirnya terjawab apabila Johor Southern Tigers memuat naik satu video yang menunjukkan kelibat bekas penjaga gol Negeri Sembilan ini bersalaman dengan TMJ ketika sesi latihan.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun ini merupakan antara penjaga gol yang mempamerkan prestasi terbaik musim lalu sehingga berjaya membantu pasukan meraih tempat ke-4 dalam saingan Liga Super.

Kini, JDT memiliki 3 penjaga gol yang cukup hebat setelah mengekalkan khidmat kapten pasukan, Farizal Marlias dan juga Haziq Nadzli.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram