Rasmi: Tan Cheng Hoe Sertai Selangor
Dunia
Selangor
Advertisements

Selangor secara rasminya mengumumkan perlantikan Tan Cheng Hoe sebagai Ketua Jurulatih baharu Selangor FC.

Menerusi satu muat naik di media sosial Selangor, kelab yang digelar sebagai The Red Giant itu secara rasmi mengumumkan perlantikan Tan Cheng Hoe.

Khabar angin penyertaan Tan Cheng Hoe ke kem Selangor timbul sejak beberapa minggu lepas lagi dan dikhabarkan persetujuan untuk menandatangani Tan Cheng Hoe telah tercapai beberapa hari lepas.

Advertisements

Sementara itu, Tan Cheng Hoe pula menjelaskan bahawa pilihannya untuk sertai Selangor kerana percaya kepada potensi yang ada terhadap pasukan ini.

“Bagi saya, Selangor FC merupakan satu Kelab yang berpotensi besar dengan adanya pihak pengurusan yang bagus serta pemain yang berkualiti. Saya berbesar hati untuk saya menabur bakti kepada pasukan ini. Kalau diberikan peluang, saya yakin ramai jurulatih mahu mengendali pasukan seperti Selangor FC. Ini motivasi terbaik untuk saya melaksanakan tugas sebagai jurulatih baharu pasukan,” ujar Tan Cheng Hoe.

Tambah beliau lagi, “Saya amat berterima kasih kerana diberi peluang untuk bersama dengan pasukan lebih awal bagi membantu saya membuat perancangan lebih rapi untuk musim hadapan. Saya yakin boleh membawa pasukan ke satu tahap lebih baik dengan kerjasama daripada semua pihak terutamanya para pemain, pihak pengurusan serta barisan jurulatih. Sama-sama berusaha keras untuk memastikan Selangor FC berada di landasan yang terbaik.”

Advertisements

“Dalam jangka masa yang terdekat ini, saya berharap pemain dapat faham dengan corak permainan yang akan saya terapkan. Di samping itu, saya juga perlu memahami setiap pemain dalam pasukan kerana setiap individu adalah berlainan, mereka mempunyai karakter dan cara bermain tersendiri, penting untuk saya tahu semua itu. Saya rasa kualiti yang mereka ada mampu membantu saya mewujudkan semangat juang tinggi dalam pasukan,” jelas Tan Cheng Hoe kepada media Selangor FC.

Selangor sebelum ini bergelut untuk kembali ke tahap terbaik di bawah pengurusan ketua jurulatih sebelum ini dari Jerman, Feichtenbeiner.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram