Rasmi: Tan Sri Daud Bakar Pemilik Baru Kedah
Dunia
Tan Sri Dr. Daud Bakar
Advertisements

Tan Sri Dr. Daud Bakar diumumkan secara rasmi sebagai pemilik saham majoriti Kedah Darul Aman FC dan kini memiliki pegangan saham terbesar di Darulaman Football Club Sdn. Bhd.

“Sebelum ini dalam satu majlis di Kuala Lumpur, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dilantik oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor sebagai Penaung KDA FC pada 25 November 2021. Aktif memacu KDA FC sebagai penaung melalui pendanaan kelab serta jaringan besar dengan syarikat korporat, fasa seterusnya peranan Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar akan lebih besar dengan menentukan halatuju kelab bolasepak ini ke peringkat lebih tinggi.”

“Selaras dengan era penswastaan kelab bolasepak di Malaysia, penambahan pegangan saham dilihat strategi lebih dinamik untuk menarik lebih banyak peluang perniagaan di era bolasepak moden. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar merupakan seorang usahawan dalam pelbagai bidang di samping memimpin beberapa agensi besar negara dan tepat pada masanya untuk membangunkan kelestarian kewangan, tadbir urus dan tata kelola, fasiliti, prasarana serta kualiti pemain dan kejurulatihan dalam KDA FC.

Advertisements

“KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman dalam memacu dengan cemerlang pasukan bolasepak Kedah memperoleh kejayaan tempatan dan serantau terutamanya dari aspek kewangan dan kemudahan infrastruktur untuk kegunaan pasukan.

“Pemilikan saham oleh individu seperti Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar adalah langkah awal KDA FC ke arah penswastaan sepenuhnya sebelum 2023,” ujar laman rasmi Kedah Darul Aman FC.

Sebelum ini tular video mendakwa Tan Sri Mohd Daud Bakar sebagai pemilik baru Kedah dan kini ianya sudah diumumkan secara rasmi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram