Rasmi: Zainal Abidin Hassan Kini Suami Fina Jebat
Dunia
Penang FC/ IG Fyna Jebat
Advertisements

Selepas desas-desus mengenai berita pernikahan bekas pengendali pasukan Penang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan dengan Fina Jebat yang tular di media sosial sejak minggu lalu, kini segalanya sudah pun terjawab selepas Fina Jebat sendiri mengesahkan perkara berkenaan.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Fina kepada media selepas tamatnya minggu keempat Famili Duo yang berlangsung pada Ahad. Fina yang yang juga adik kepada penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Alhamdulillah, saya telah pun bernikah. Jadi, terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang telah memberikan komen yang baik-baik selama ini.

Advertisements

“Jadi saya harap agar anda semua dapat mendoakan saya dan keluarga serta terus menyokong saya dan Ayda Jebat di program ini. Saya rasa setakat itu yang boleh saya jawab buat masa sekarang,” jelasnya kepada HM.

Untuk rekod, Zainal Abidin, 61 merupakan lagenda bola sepak negara dan pernah membimbing beberapa pasukan besar dalam saingan Liga Super seperti pasukan Pahang, Melaka United dan Penang FC. Namun khidmatnya tidak diteruskan Penang untuk saingan musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram