Ratchaburi Tewaskan Nongbua Pitchaya
Dunia
Ratchaburi FC
Advertisements

Aksi pusingan ke-16 kempen Piala Thai 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Ratchaburi menentang pasukan Nongbua Pitchaya. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Dragon Solar Park menyaksikan Ratchaburi berjaya layak ke pusingan seterusnya.

Turun dengan mempertaruhkan bintang sensasi Safawi Rasid di bahagian serangan, skuad kendalian Xavi Moro dilihat tidak berdepan laluan sukar untuk menguasai perlawanan.

Bagaimanapun babak separuh masa pertama tamat dengan tiada jaringan dihasilkan. Satu-satunya peluang keemasan skuad The Dragon meledak adalah pada minit ke-45 permainan menerusi Safawi Rasid. Malangnya tandukan Safawi terkena palang. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Advertisements

Aksi separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan cuba mencari gol pembukaan. Jentera serangan Ratchaburi dilihat lebih ghairah untuk meledak.

Bagaimanapun setiap serangan dari kem Ratchaburi berjaya dihalang pertahanan pasukan pelawat. Penjaga gol Nongbua Pitchaya cemerlang menepis keluar beberapa percubaan yang terhasil.

Keputusan seri ini diteruskan ke babak masa tambahan hingga ke 120 minit permainan. Masa tambahan juga menyaksikan kedua pasukan tetap buntu menyumbat gol sekaligus perlawanan diteruskan ke penentuan sepakan penalti.

Advertisements

Ratchaburi memanfaatkan kelebihan selaku tuan rumah dan skuad The Dragon berjaya mengatasi Nongbua Pitchaya dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 5-4.

Ratchaburi layak ke seterusnya dalam saingan Piala Thai 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram