Ratchaburi Kini Ada Dua ‘Pawi’
Dunia
Ratchaburi & Pawee
Advertisements

Pasukan tangga ketiga Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC selesai menandatangani kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid baru-baru ini.

Pemain berusia 25 tahun itu kini membawa haluan baharu secara pinjaman selepas berkelana di Johor Darul Ta’zim (JDT) selama beberapa musim.

Perpindahan ini jelas amat diperlukan oleh anak jati kelahiran Terengganu ini bagi mengembalikak semula rentak permainannya dan mendapatkan minit permainan.

Advertisements

Safawi yang akhirnya sah milik Ratcahburi mencuri perhatian ramai setelah senarai penuh skuad tersebut diumumkan.

Beliau kini diberi peranan memakai jersi bernombor 11 dilihat bakal beraksi dalam satu pasukan bersama pemain pasukan kebangsaan Thailand, Pawee Tanthatemee.

Pawee merupakan pemain berusia 26 tahun yang beraksi pada posisi pertahanan tengah selain telah beraksi dalam 11 perlawanan liga musim ini.

Advertisements

Ini juga menjadikan pasukan yang terkenal dengan jolokan The Dragons memiliki dua pemain dengan nama yang hampir serupa.

Ratchaburi kini menduduki tangga ketiga Liga 1 Thai selepas 11 perlawanan selepas mencatatkan 8 kemenangan dalam 15 aksi pusingan pertama liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram