Advertising
Razman Roslan: Beraksi Di SSI Bukan Halangan Buat Ekor Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan tidak melihat aksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai halangan buat penyokong Harimau Malaya.

Sebelum ini, laman sesawang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menyatakan SSI bakal menjadi venue aksi pertama kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Nepal pada 25 Mac ini.

Ad

Pemilihan SSI dibuat susulan venue asal perlawanan tersebut iaitu Stadium Dasharath, Kathmandu belum bersedia menjadi tuan rumah aksi berkenaan.

Ad

Razman melihat pemilihan SSI tidak akan menghalang penyokong untuk hadir memberi sokongan kepada barisan anak buah Peter Cklamovski itu.

“Saya rasa bermain di mana-mana pun tidak menjadi masalah kepada penyokong skuad kebangsaan. Di Kuala Lumpur pun ada penyokong, di Johor pun ada penyokong,” katanya kepada Nadi Arena.

Ad

“Mungkin penyokong di Johor boleh turun memberi sokongan. Yang paling penting kita memerlukan sokongan daripada peminat-peminat untuk membanjiri stadium.

Ad

“(Mereka hadir) untuk memberi semangat kepada pemain-pemain yang bermain nanti. Itu sebab tiga mata pertama cukup penting buat skuad kebangsaan kita.”

Ad

Harimau Malaya memiliki rekod baik beraksi di SSI. Ini kerana di stadium inilah, mereka berjaya menewaskan Turkmenistan dan Hong Kong dalam dua aksi persahabatan antarabangsa.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments