Reaksi ‘Mahal’ Kalamullah Selepas Dapat Panggilan Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia & Altkeeperstoremalaysia
Advertisements

Reaksi penjaga gol Petaling Jaya City FC, Kalamullah Al-Hafiz yang kelihatan begitu gembira selepas mendapat panggilan untuk mewakili skuad kebangsaan.

Pemain berusia 27 tahun itu sudah beberapa kali hampir tersenarai bersama Harimau Malaya namun digugurkan.

Namun begitu, reaksi puas beliau akhirnya terpancar selepas mendapat tahu bahawa namanya tersenarai dalam kalangan 25 orang pemain yang dipanggil bagi menjalani latihan di kem kebangsaan.

Advertisements

Anak jati kelahiran Kelantan ini kelihatan tersenyum puas sambil membuat persiapan sarung tangan yang bakal digunakan bersama-samanya nanti.

Persembahan konsisten bersama PJ City sejak beberapa musim kebelakangan ini telah berjaya memikat hati Kim Pan-gon untuk membawanya bagi tugasan kali ini.

Beliau akan bersaing bersama-sama dua orang lagi penjaga gol berpotensi negara iaitu Syihan Hazmi dan juga penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim.

Advertisements

Malaysia bakal menghadapi kejohanan Piala Raja Thailand (King’s Cup) bertemu tuan rumah, Thailand pada 22 September.

Kemudian, Harimau Malaya akan berhadapan sama ada dengan Trinidad & Tobago atau Tajikistan untuk perlawanan penentuan berikutnya.

Pan-gon sebelum ini sudah pun memaklumkan bahawa beliau mahu memberi ruang kepada muka baharu.

Advertisements

Ini juga bakal menjadi medan terbaik buat barisan kejurulatihan dalam usaha untuk mencari ramuan bagi menghadapi Piala AFF Mitshubishi Electric dan juga Piala Asia tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram