Reaksi Pemain AC Milan Kena Basuh Dengan Ultras Curi Perhatian
Serie A
@centregoals
Advertisements

Normal bagi penyokong pasukan meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pasukan terutama apabila prestasi merosot. Jadi, apabila pemain-pemain AC Milan mendengar sendiri rungutan kelompok ultras mereka selepas tewas kepada Spezia semalam, ia mencuri perhatian ramai peminat bola sepak.

AC Milan ketika ini berdepan kemungkinan terlepas peluang layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan. Ini kerana Rossoneri hanya menang dua daripada tujuh perlawanan terakhir mereka termasuk tewas 2-0 kepada musuh setempat, Inter Milan dalam separuh akhir pertama UCL baru-baru ini.

Jadi, dengan prestasi pasukan yang tidak menentu, ultras Milan bertindak memanggil para pemain dan jurulatih, Stefano Pioli untuk mendengar rungutan mereka selepas tamat perlawanan menentang Spezia. Walaupun sesi tersebut kelihatan tegang, bek tengah Simon Kjaer menegaskan ia bersifat positif.

Advertisements

“Mereka katakan petang ini tidak cukup tetapi ada satu lagi perlawanan pada Selasa di mana kita perlu hilangkan apa yang terjadi hari ini dan bersedia untuk satu lagi perlawanan.

“Secara jujurnya, saya tak pasti siapa yang mulakan. Saya melihatnya secara positif. Saya terkejut bagaimana penyokong kami sentiasa berada di belakang kami sepanjang masa termasuk bila kami bermain dnegan buruk. Saya sedar ia tidak kelihatan baik tetapi mereka sentiasa menyokong kami.

“Jika saya tahu cara untuk menyelesaikan masalah ini, kita akan berada pada kedudukan berbeza musim ini. Sukar untuk memahami kenapa kita banyak bergelut dalam perlawanan sebegini dan membuang terlampau banyak mata.

Advertisements

“Ianya tidak cukup bagus dan kita perlu menambahbaik aspek persembahan pasukan,” katanya kepada DAZN via Football Italia.

Milan tunduk 2-0 kepada Spezia yang sedang berusaha keluar dari zon penyingkiran Serie A. Dua gol daripada Przemyslaw Wisniewski dan Salvatore Esposito sudah cukup untuk membantu mereka meraih kemenangan pertama daripada sembilan perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram