UCL: Kebangkitan Luar Biasa Real Madrid Buatkan Manchester City Terus Kempunan
Dunia
Advertisements

Manchester City kempunan sekali lagi untuk mendakap piala Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas disingkirkan Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir awal pagi tadi. Real berjaya menewaskan City dengan keputusan 3-1 untuk mara ke perlawanan akhir melalui kelebihan agregat 6-5.

City hanya dibezakan beberapa saat untuk mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara sebelum mengalami penyingkiran yang menyayat hati apabila Real Madrid melakukan kebangkitan pada minit-minit akhir perlawanan untuk menghidupkan peluang mara ke perlawanan akhir.

City menewaskan Real 4-3 pada perlawanan pertama minggu lalu di Etihad. Mereka hampir mudah melangkah ke final Liga Juara-Juara apabila Riyad Mahrez meletakkan mereka di hadapan di Bernabeu. Pep Guardiola membawa masuk semula dua tonggak utama pasukan iaitu Kyle Walker dan Joao Cancelo yang terlepas perlawanan pertama.

Advertisements

Guardiola berkata kemasukan Walker adalah sesuatu yang berisiko, namun pemain England itu bertahan 72 minit dalam perlawanan ini, dan jaringan Mahrez pada minit ke-73 meletakkan mereka dua gol di hadapan secara agregat.

Bagaimanapun, segalanya musnah buat City selepas Rodrygo menjaringkan gol pada minit ke-90 permainan dan selang 2 minit, Rodrygo menambah gol kedua Real pada masa kecederaan untuk mengheret City ke masa tambahan.

Real Madrid akhirnya mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas ayam tambatan mereka, Karim Benzema menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada minit ke-95 yang sekali gus mematikan langkah perjuangan Manchester City dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram