Real Madrid Dihentam Teruk Kerana ‘Peram’ Gareth Bale
Dunia
football365
Advertisements

Ejen bintang Real Madrid, Gareth Bale, Jonathan Barnett, tidak dapat memahami mengapa Los Blancos tidak menggunakan pemain berusia 32 tahun itu.

Bale hanya membuat lima penampilan di bawah Carlo Ancelotti musim ini dengan menjaringkan satu gol. Kekurangan aksinya adalah kerana tidak disenangi pengendali dari Itali itu, serta mengalami beberapa siri kecederaan yang memaksa beliau direhatkan.

Bale sedang berusaha untuk membantu Wales layak ke Piala Dunia 2022 dan beliau mempamerkan aksi memukau ketika membantu Wales membenam cabaran Austria dengan keputusan 2-1. Kemenangan Wales itu sekaligus melayakkan merea ke final play-off Piala Dunia.

Advertisements

Agen Gareth Bale, Jonathan Barnett menyelar tindakan Real Madrid yang menyisihkan pemain hebat seperti Bale dalam skuad utama Los Blancos. Bale dikatakan bakal keluar dari Real Madrid dan dijangkakan Jun ini segalanya akan berlaku.

“Kami belum bercakap dengan sesiapa (mana-mana pasukan) dan ia akan menjadi keputusan yang dia bakal buat pada bulan Jun.

“Sungguh sukar untuk dipercayai mereka (Real Madrid) tidak menurunkannya, kerana dia masih boleh melakukan sesuatu, seperti yang dilihat semua orang pada malam Khamis (menentang Austria).” jelas Barnett kepada media.

Advertisements

Kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United dikhabarkan sedang memantau Bale dan dilihat destinasi terbaik buat beliau kerana kelab tersebut mampu menampung gaji mahal yang diterima Bale ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram