Real Madrid Mahukan Cristiano Ronaldo Semula
La Liga
Al-Nassr
Advertisements

Sejak menyertai Al-Nassr pada Januari lalu, tempoh Cristiano Ronaldo tidak sunyi daripada kontroversi. Dengan kelab Arab Saudi itu terlepas peluang menjulang King Cup of Champions, kini timbul spekulasi Real Madrid mahukan kembali khidmatnya.

Menurut laporan El Nacional, Ronaldo dikatakan tidak gembira berada di Arab Saudi sejak berpindah ke Al-Nassr pada Januari lepas. Ini kerana beliau didakwa masih gagal menguasai Bahasa Arab sekaligus menjadi halangan besar untuk berkomunikasi di kelab berkenaan.

Sebelum menyertai Al-Alami, Ronaldo cuba mengatur perpindahan ke Real Madrid tetapi ditolak oleh presiden kelab, Florentino Perez dan jurulatih Carlo Ancelotti. Usaha untuk berpindah ke Atletico Madrid juga gagal selepas ia ditolak oleh para penyokong berkenaan.

Advertisements

Dengan Ronaldo difahamkan merindui kehidupan di Madrid, Perez bersedia membenarkan bekas penyerang Manchester United itu kembali ke Bernabeu. Tetapi beliau tidak melihat legenda Portugal itu kembali sebagai penyerang tetapi sebagai duta kelab berkenaan.

Begitupun, tidak diketahui sama ada Ronaldo akan menerima tawaran berkenaan lebih-lebih lagi dengan dirinya masih mahu aktif sebagai pemain. Ketika ini, beliau menjaringkan 11 gol daripada 14 perlawanan dalam semua kejohanan.

Advertisements

Cuma persoalannya ialah adakah Ronaldo bersedia menjadi pemain sokongan di bahagian serangan? Ini kerana ketika ini, barisan serangan Real Madrid diketuai oleh Karim Benzema dengan Rodrygo dan Vinicius Jr sebagai sokongannya.

Yang pasti, jika perpindahan ini berlaku, ia sebenarnya mengesahkan kenyataan bekas pengurus Al-Nassr, Rudi Garcia berkenaan Ronaldo. Pengurus Perancis itu percaya bekas penyerang Juventus itu tidak akan menamatkan kariernya di Arab Saudi dan bakal kembali ke Eropah selepas kontraknya bersama Al-Alami tamat.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram