Advertisements
Reduan Abdullah Persoal Tindakan Segelintir Pemain Tolak Panggilan Skuad Kebanggsaan
Dunia
MakanBola
UITMFC

Bekas penolong jurulatih skuad kebanggsaan, Reduan Abdullah kecewa atas sikap segelintir pemain yang tolak panggilan skuad kebanggsaan dengan alasan yang tidak munsabah.

Baginya, kalau hendak dibezakan pada zaman dahulu dan sekarang sangat lain. Jika waktu dahulu, pemain yang dikeluarkan dalam skuad semuanya mempunyai alasan yang kukuh seperti kecederaan.

Malah, pemain yang sengaja tidak menyertai skuad akan dikenakan hukuman iaitu pemain tersebut akan dilarang untuk bermain untuk skuad kebanggsaan dan juga kelab dalam Liga Malaysia.

“Kalau situasi waktu dahulu kalau pemain dipanggil, rata-rata yang tidak dapat menyertai skuad mempunyai alasan yang kukuh, seperti kecederaan.

“Kalau kata alasan yang tidak kukuh, FAM akan mengambil tindakan kepada pemain tersebut dengan melarang pemain tersebut untuk bermain dalam skuad kebanggsan dan untuk Liga Malaysia juga dilarang.

Mengulas lanjut, jurulatih UiTM FC itu berpendapat mungkin ada perubahan yang dilakukan FAM dalam menangani masalah ini. Akan tetapi, beliau menegaskan jika seorang pemain itu dipanggil, wajib bagi pemain tersebut untuk datang menyertai skuad kebanggsaan melainkan mengalami kecederaan.

“Tapi mungkin ada perubahan yang dilakukan oleh FAM jika seseorang itu tidak dapat menyertai skuad kebanggsaan,” kata Reduan kepada Astro Arena.

“Bagi saya kalau pemain itu dipanggil, pemain tersebut wajib datang.

Related Articles