“Referee Kayu” – Son Heung-min Belajar Bahasa Melayu
Dunia
Spurs Official
Advertisements

Pemain sayap kelahiran Korea Selatan, Son Heung Min begitu teruja ketika akhirnya dapat mempelajari bahasa Melayu.

Bintang sensasi yang berkelana di Eropah bersama Tottenham Hotspurs itu merupakan antara pemain sensasi pasukan ketika ini.

Beliau telah berjaya kekal konsisten sehingga menempatkan diri antara salah seorang penjaring terbaik di EPL sejak beberapa musim lalu.

Advertisements

Walau bagaimanapun, kelibat Son kembali menarik perhatian ramai apabila beliau dilihat sedang belajar bertutur dalam bahasa Melayu.

Menerusi satu hantaran video di Tiktok, bekas pemain Bayer Leverkusen ini gigih berusaha menyebut satu perkataan daripada bahasa Melayu iaitu ‘Kayu’.

Beliau juga cuba memahami perkataan tersebut dengan konteks yang cuba digunakan dalam bahasa Melayu iaitu ‘Refferee kayu’.

Advertisements

Akhirnya, beliau dapat menyebut kata tersebut dengan baik dan memahami konteks penggunaan frasa tersebut.

Pada musim ini, beliau telah pun menjaringkan 4 gol dan mencatat 3 bantuan gol dalam 19 perlawanan EPL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram