Rekod 5 pertemuan terakhir antara pasukan JDT vs Selangor di final Piala FA mencuri tumpuan.
Skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentum terbaik ke final Piala FA apabila mencatatkan rekod bersih musim ini.
JDT merakamkan 4 daripada 5 perlawanan terakhir sungguhpun mencatatkan keputusan seri 1-1 berdepan PDRM.
Gergasi Merah juga merekodkan 4 kemenangan dalam 5 aksi terakhir dalam semua kejohanan namun hanya seri ketika kunjungan ke Sri Pahang.
Berdasarkan rekod 5 pertemuan terakhir antara JDT dan Selangor, skuad Harimau Selatan mendominasi kemenangan ke atas Gergasi Merah.
Aksi Piala Sumbangsih 2024 menyaksikan JDT diberikan kemenangan percuma 3-0 susulan Selangor tidak hadir ke Stadium Sultan Ibrahim.
Pada musim 2023, JDT merekodkan tiga kemenangan ke atas Selangor iaitu 2-0 dan 4-0 bagi aksi Liga Super dan kemenangan 4-0 pada aksi separuh akhir Piala FA 2023.
Aksi final Piala Malaysia 2022 juga memihak kepada JDT dengan kemenangan 2-1 ke atas Selangor di Bukit Jalil.
Ini juga menjadi final ulangan sejak tahun 2022 dengan dijangka lebih 70,000 penyokong bakal hadir pada 24 Ogos 2024.