Rekod Kebal JDT Di Tempat Lawan Jadi Motivasi Terbaik Berdepan Urawa Reds
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terbang ke Jepun dengan reputasi yang cukup baik terutamanya ketika beraksi di gelanggang lawan.

Anak didik Hector Bidoglio kini dalam prestasi yang amat baik selepas berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super.

JDT juga berdepan dengan cabaran sebenar untuk terus mengharungi saingan di pentas tertinggi bola sepak Asia apabila bakal bertemu dengan juara dua kali Asia, Urawa Red Diamonds.

Sungguhpun status pasukan dari Jepun itu berada pada tahap yang cukup memberangsangkan, namun rekod pasukan Harimau Selatan juga tidak kurang hebatnya ketika bertandang ke tempat lawan.

JDT membuktikan bahawa mereka tidak hanya ‘jaguh’ di laman sendiri sebaliknya kekal dalam kelas tersendiri untuk membuktikan mereka sebagai kelab terbaik di Malaysia.

Berdasarkan statistik yang dikemukakan oleh Johor Southern Tigers, JDT mencatat rekod yang cukup baik dalam saingan Liga Super ketika berkunjung ke tempat lawan.

Mereka kini berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga 44 perlawanan di gelanggang lawan sejak tahun 2018.

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Rekod luar biasa ini juga sudah pasti mampu menjadi tonik tambahan sungguhpun beraksi di hadapan para penyokong Urawa Reds.

JDT dijangka turun dengan motivasi terbaik Jumaat ini dengan membawa rentak dari kecemerlangan saingan Liga Super bagi memastikan slot ke suku akhir berada dalam genggaman mereka.