Rekod Membuktikan Kedah Janggal Dengan Kad Merah Pihak Lawan
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kekalahan 1-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) tempoh hari sudah tentu akan diingati oleh para penyokong Kedah Darul Aman FC. Suhu panas dalam dan luar padang turut menambah kehangatan perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan tersebut, JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain untuk keseluruhan babak kedua selepas penyerang berbisa mereka, Bergson da Silva dilayangkan kad merah akibat menumbuk belakang pemain Kedah, Rodney Celvin.

Kedudukan pada ketika itu adalah terikat 1-1. Namun Kedah gagal memanfaatkan peluang beraksi dengan kelebihan seorang pemain dan membiarkan JDT terus menguasai perlawanan. Kedah bukan sahaja gagal menjaringkan gol namun mereka dibolosi dua gol lagi.

Advertisements

Jika dilihat rekod Kedah musim ini, mereka beberapa kali melalui situasi yang hampir sama ketika menentang JDT iaitu beraksi dengan kelebihan pemain. Namun segalanya berakhir dengan keputusan tidak memuaskan.

Pada 7 Julai, Kedah turun dalam aksi Piala FA bertemu Terengganu. Dalam perlawanan tersebut, Terengganu terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Pape Diakite dilayangkan kad merah pada minit ke-50. Ketika itu, Terengganu mendahului Kedah 1-0.

Ini bermakna Kedah mempunyai kelebihan beraksi dengan 11 pemain untuk tempoh 40 minit sebelum perlawanan tamat. Namun kelebihan tersebut tidak membantu Kedah dalam mencari gol dan Kedah tewas 0-1.

Advertisements

Kedah juga berdepan situasi sama dalam saingan Piala AFC menentang PSM Makassar. Dalam perlawanan tersebut, pemain PSM Makassar, Yuran Fernandez diperintah keluar padang pada minit ke-54. Ketika itu Kedah ketinggalan 0-2 dan mereka mempunyai kelebihan beraksi dengan 11 pemain untuk tempoh 36 minit.

Kedah hanya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-86 dan terpaksa akur tewas 1-2 kepada PSM Makassar sekali gus tersingkir dari saingan Piala AFC musim ini.

Secara konklusinya, kad merah yang diterima pihak lawan sememangnya tidak banyak membantu Kedah untuk menjaringkan gol. Perlawanan menentang JDT, Terengganu dan PSM Makassar menjadi bukti jelas bahawa mereka agak bergelut walaupun mempunyai kelebihan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram