Rekod Pertahanan Elit Maghribi Bakal Rosakkan Pelan Portugal
Dunia
Team Of Morocco
Advertisements

Wakil tunggal pasukan Afrika di Piala Dunia, Maghribi bakal meneruskan cabaran pada pentas suku akhir apabila dijadualkan bertemu Portugal, Sabtu ini.

Kecemerlangan aksi anak buah Walid Regragui telah mengejutkan beberapa pasukan gergasi Eropah termasuklah menyingkirkan bekas juara Piala Dunia 2010, Sepanyol.

Berbekalkan kekebalan barisan pertahanan pasukan, mereka dijangka bakal memberi masalah kepada Portugal yang diketuai oleh penyerang handalan, Cristiano Ronaldo.

Advertisements

Anak didik Fernando Santos bakal turun dengan motivasi terbaik selepas membelasah Switzerland dengan keputusan 6-1 untuk mnegesahkan tempat ke suku akhir.

Namun begitu, jentera pertahanan Maghribi yang dibarisi oleh pemain elit di pentas bola sepak Eropah sudah tentu menyajikan aksi yang cukup sengit berdepan barisan serangan berbisa Portugal.

Nama-nama seperti bintang PSG, Achraf Hakimi, pertahanan Bayern Munich, Noussair Mazraoui dan juga Roman Saiss selaku kapten pasukan selain penjaga gawang utama, Bono kini masing-masing beraksi cemerlang.

Advertisements

Setakat ini, Maghribi hanya bolos satu gol sahaja selepas mengharungi empat perlawanan iaitu ketika menentang Canada tempoh hari.

Mereka yang bergelar juara kumpulan F sudah tentu memiliki ramuan terbaik selepas berjaya mengetepikan cabaran hebat gergasi Eropah, Belgium selain mengikat bekas finalis Piala Dunia, Croatia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram