Advertising
Rekod Pertemuan Lee Zii Jia & 3 Lawan Di BWF World Tour Finals
UltraSukan
Olympic Council of Malaysia

Ini merupakan rekod pertemuan lalu di antara Lee Zii Jia dan juga 3 lawan yang bakal ditempuh dalam BWF World World Tour Finals.

Sabtu lalu, satu sesi undian telah diadakan bagi menentukan lawan dan kumpulan yang bakal dihuni oleh 8 pemain terbaik yang layak ke World Tour Finals di atas pencapaian konsisten bagi musim 2024.

Ad

Hasil undian, Zii Jia selaku wakil tunggal perseorangan lelaki Malaysia telah diundi berada di dalam kumpulan A bersama-sama Anders Antonsen, Li Shi Feng serta Chou Tien Chen.

Ad

Berdasarkan rekod lalu di antara Zii Jia dan Antonsen, jaguh Denmark itu mencatatkan lima kemenangan dalam sembilan pertemuan sebelum ini ketika menentang pemain negara ini.

Walau bagaimanapun, 2 aksi terakhir membabitkan kedua-dua pemain telah dimenangi oleh Zii Jia ketika di Malaysia Masters 2024 dan suku akhir Sukan Olimpik Paris yang lalu

Ad

Begitu juga dengan rekod pertemuan di antara Zii Jia dan Shi Feng yang dilihat memihak pemain dari China itu dengan tiga kemenangan berbanding dua yang diraih oleh pemain negara sejak 2018.

Ad

Sementara aksi Zii Jia dan Tien Chen bakal menjadi tumpuan apabila kedua-dua pemain akan turun dalam pertemuan ke-11 sejak kali pertama bertemu ketika di Chinese Taipei Open 2017.

Ad

Dalam 10 pertemuan lampau, Zii Jia dan Tien Chen masing-masing merekodkan lima kemenangan dengan kali terakhir pemain Malaysia ini meraih kemenangan rubber set ketika di Thailand Open lalu.

Selain Zii Jia, lima lagi wakil Malaysia yang akan turun beraksi di BWF World Tour Finals adalah Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Izzuddin-Sze Fei, Pearly-Thinaah, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.