Rezal Zambery Puas Hati, Kelantan Mampu Cabar Pasukan Liga Super
Dunia
trwkelantanfc
Advertisements

Kelantan FC dinobatkan sebagai naib juara Piala Sabah Maju Jaya (Piala SMJ) yang telah berlangsung baru-baru ini di Kota Kinabalu, Sabah.

Kelantan FC berjaya memenangi dua perlawanan dalam tiga perlawanan berlangsung. Ianya satu keputusan yang positif kerana mampu beri tentangan yang hebat kepada pasukan yang beraksi di Liga Super.

Jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya akui berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh barisan pemain. Beliau memuji sikap pemain yang sentiasa menunjukkan disiplin yang tinggi di atas padang.

Advertisements

“Kejohanan itu sebahagian daripada persediaan untuk menguji kemampuan pemain apabila beraksi dalam saingan sebenar Liga Perdana. Pemain saya mampu memberi cabaran kepada pasukan dari Liga Super seperti Kedah, Sabah dan Sarawak United.

“Mereka (pemain) menunjukkan semangat juang tinggi serta prestasi yang baik sehingga berjaya muncul naib juara Piala SMJ,” kata Zamberi kepada Bernama.

Kejayaan aksi pra-musim ini bakal menjadi titik tolak kebangkitan untuk Kelantan FC jadi pencabar Liga Premier bagi musim 2022 ini yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram