Air Tangan Rezal Zambery Menjadi, Kelantan Kini Kembali Digeruni
Dunia
Kelantan FC
Advertisements

Impak yang dibawa oleh ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya pada musim ini cukup penting apabila gah memacu pasukan untuk memimpin Liga Premier ketika ini.

Pengendali kelahiran Johor ini sudah memasuki musim keduanya bersama The Red Warriors sungguhpun sebelum ini hanya berperanan sebagai pembantu jurulatih.

Beliau jelas tidak mensia-siakan peluang yang diberikan untuk menjadi pengendali utama pasukan pada musim ini apabila berjaya membawa perubahan ketara terhadap pasukan dari pantai timur ini.

Advertisements

Malah, gelanggang keramat yang pernah menjadi mimpi ngeri buat lawan suatu ketika dahulu kembali ‘bernyawa’ kerana dibanjiri oleh ribuan penyokong setia pasukan Kelantan.

Kini, penyokong Kelantan mampu mengukir senyuman di wajah dengan kerja keras Rezal terhadap pasukan ini.

Secara keseluruhannya, mereka telah pun mencatatkan 9 kemenangan daripada 12 perlawanan sekaligus meletakkan mereka pada tangga pertama Liga Premier dengan 29 mata.

Advertisements

Malah, anak didik bekas bintang tengah ATM ini juga hanya merekodkan satu kekalahan pada musim ini membuktikan kekuatan yang ada dalam pasukan milik Zamsaham ini.

Dalam formasi 4 pertahanan yang sering digunakan, beliau telah membawa perubahan yang cukup ketara apabila pintu gol Kelantan hanya dibolosi 6 kali dalam liga.

Mentaliti juara dan semangat juang yang cukup tinggi dipamerkan setiap kali berada di atas padang telah menjadi kunci kepada kejayaan pasukan.

Advertisements

Selain itu, percaturan beliau untuk menukar pemain semasa perlawanan juga sering membuahkan hasil apabila membantu pasukan untuk mencatatkan kemenangan seperti ketika menentang Kuching City tempoh hari.

Kelantan kini berada pada landasan yang cukup baik untuk menjuarai Liga Premier dan konsistensi para pemain diperlukan untuk merealisasikan impian ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram