Rezal Zambery Terus Terajui Kelantan FC
Dunia
trw_kelantan_admin
Advertisements

Pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman terus memberi kepercayaan kepada Rezal Zambery Yahya untuk memegang jawatan sebagai ketua jurulatih baharu bagi musim Liga Malaysia 2022.

Perkara ini telah dikongsikan di laman rasmi Twitter Astro Arena dimana Norizam berpendapat pilihan yang dilakukan olehnya selepas melihat bekas pemain Negeri Sembilan ini menunjukkan pencapaiannya selepas menggantikan posisi Marco Ragini dalam pasukan The Red Warrior pada pertengahan tahun ini.

“Bila tukar orang baru, secara baru dan kita tidak akan dapat momentum tu, jadi ini adalah perkara yang sangat penting, saya juga selesa dengan apa yang Jurulatih Rezal buat, jadi insyaAllah kita tandatangan terus kontrak 3 tahun untuk beliau kekal sebagai jurulatih.” jelasnya

Advertisements

Justeru itu, pemilihan Rezal tidak dipersoalkan kerana beliau akrab dengan pemain dan yakin dengan kebolehan setiap pemain serta kelemahan yang akan dipilihnya nanti. Beliau juga sangat positif dalam bola sepak dan serius untuk memastikan target yang ditetapkan akan terlaksana.

“Dalam bola sepak tekanan memang biasa, sudahpasti kita berusaha untuk mencapai target yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan , saya sangat positif dalam bola sepak, boss Zam sentiasa mahukan pasukan membuat persiapan lebih awal lagi dan perkara yang lebih serius saya ambil berat adalah memastikan target yang ditetapkan oleh pihak pengurusan akan tercapai.” kata Rezal Zambery

Pihak pengurusan mengucapkan tahniah dan optimis kepada Rezal Zambery sebagai Ketua Jurulatih Kelantan FC yang baharu atas kemampuan memimpin skuad The Red Warrior sehingga satu peringkat yang membanggakan bagi musim 2022.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram