Rezal Zambery Tidak Lagi Jadi Jurulatih Kelantan
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya difahamkan tidak akan membimbing pasukan The Red Warriors pada musim hadapan.

Beliau difahamkan akan melepaskan jawatan yang disandangnya sungguhpun berjaya memacu kebangkitan Kelantan pada musim ini.

Menurut satu laporan oleh Majoriti, pengendali berusia 43 tahun itu membawa khabar yang amat mengejutkan apabila beliau sendiri memaklumkan bahawa dirinya bukan lagi ketua jurulatih Kelantan di Liga Super musim hadapan.

Advertisements

“Saya tidak akan bersama pasukan The Red Warriors (TRW) pada musim hadapan.”

Perkara ini didorong oleh masalah lesen yang tidak mencapai piawaian yang telah ditetapkan oleh MFL.

“Perkara ini disebabkan saya tidak mempunyai lesen kejurulatihan seperti yang ditetapkan perbadanan Malaysian Football League (MFL),” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Rezal akui beliau kini dalam usaha untuk mendapatkan lesean tersebut namun tempohnya masih tidak mencukupi bagi melayakkan dirinya mendaftar kursus pelesenan tersebut.

“Saya cuba untuk dapatkan lesen itu tetapi saya masih tidak mempunyai tempoh perkhidmatan yang cukup, iaitu sekurang-kurangnya selama tiga tahun selepas saya hanya berkhidmat sebagai ketua jurulatih bermula tahun lepas.”

Beliau hanya boleh memohon lesen tersebut ketika memasuki pertengahan tahun hadapan untuk melengkapkan tempoh yanh ditetapkan.

Advertisements

Sungguhpun khidmatnya tidak lagi bersama pasukan namun beliau secara amnya masih mempunyai kontrak tiga tahun bersama kelab itu dan menyerahkan segala keputusan kepada pihak pengurusan kelab ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram