Advertisement
Pemain Kacukan Malaysia, Richard Chin Buat Penampilan Pertama Bersama Charlton Athletic
Eropah
MakanBola

Pemain kacukan Malaysia-England, Richard Chin membuat penampilan pertama bersama pasukan senior Charlton Athletic dalam saingan Trofi Liga Bola Sepak khas untuk pasukan divisyen 3 England.

Richard Chin yang beraksi di posisi tengah berada dalam kesebelasan utama sebelum digantikan Ryan James Viggars pada minit ke-75.

Dalam perlawanan terbabit, Charlton Athletic tewas tipis 1-0 kepada pasukan tuan rumah, Leyton Orient menerusi jaringan Paul Smyth selang 3 minit selepas Richard Chin dikeluarkan.

Charlton Athletic beraksi di divisyen ke-3 kasta bola sepak England, EFL League One dan pernah beraksi beberapa kali dalam saingan tertinggi di England, Liga Perdana Inggeris.

Selepas 3 perlawanan Charlton Athletic mara ke pusingan kalah mati selepas mengumpul 6 mata, 3 mata dibelakang pendahulu kumpulan O, Leyton Orient.

Richard Chin yang berumur 19 tahun sebelum ini menyertai Charlton sebagai pemain skuad bawah 18 tahun sebelum dipromosikan ke skuad bawah 23 tahun.