Richard Chin Fokus Tingkatkan Prestasi Demi Panggilan Harimau Malaya
Dunia
Kyle Andrews Photos
Advertisements

Pemain berdarah kacukan Malaysia-Seychelles, Richard Chin berkongsi mengenai status terkini beliau untuk menjadi sebahagian daripada pemain Harimau Malaya.

Pemain muda Charlton Athletic itu berkata bahawa agen yang menguruskan karier beliau England kini sudah berkomunikasi dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam menyelesaikan segala dokumentasi.

“Ya, agensi saya kini sedang berhubung dengan FA Malaysia (FAM) untuk melihat sama ada mereka boleh menyelesaikan kertas kerja itu,” jelas Richard kepada Makanbola.

Advertisements

Ketika ditanya mengenai corak permainan Malaysia yang semakin baik, Richard akui masih belum berkesempatan menonton perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia. Kini, beliau hanya menumpukan untuk tingkatkan prestasi dan mahu tampilkan aksi terbaik jika mewakili Malaysia.

“Saya belum sempat menonton perlawanan (melibatkan Malaysia). Tapi saya hanya fokus untuk meningkatkan permainan saya sendiri dan jika diberikan peluang untuk beraksi buat Malaysia, saya akan tunjukkan prestasi terbaik diri saya,” katanya lagi mengakhiri perbualan.

Richard Chin merupakan pemain kacukan yang kini beraksi bersama Charlton Athletic bagi saingan EFL League One. Liga tersebut merupakan liga divisyen ketiga dalam sistem piramid liga bola sepak di England.

Advertisements

Pemain berusia 20 tahun itu berkebolehan beraksi di bahagian bek kanan dan bahagian tengah. Sehingga kini beliau sudah beraksi tiga kali bersama pasukan utama dengan mengumpul 234 minit permainan keseluruhan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram