Pemain kacukan Malaysia-Seychellois, Richard Li Hua Chin sempurnakan debutnya di EFL League One, England sekaligus menjadi pemain Malaysia pertama selain Shaun Maloney yang beraksi di kasta tinggi bola sepak di England.
Pemain tengah berusia 19 tahun ini berada dalam kesebelasan utama kelabnya, Charlton Athletic menentang Forest Green dalam perlawanan minggu ke-8 EFL League One dengan keputusan berakhir 1-1 di Stadium The Valley.
EFL League One merupakan liga divisyen ke-3 dalam hierarki bola sepak Inggeris dan kini Charlton Athletic menduduki tangga ke-14 selepas 8 perlawanan dan berjaya mencatatkan 2 kemenangan dan 4 keputusan seri.
Beliau diletakkan sebagai pertahanan kiri semasa perlawanan menentang Forest Green dan dikeluarkan pada minit ke-72 digantikan dengan Charles Clayden.
Richard Chin memulakan kerjayanya dengan Charlton Athletic, menyertai kelab itu pada usia enam tahun dan menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan kelab itu pada Julai 2021.
Beliau membuat penampilan sulung pasukan pertamanya dalam Piala EFL pada 10 November 2021, bermula dengan kekalahan 1–0 kepada Leyton Orient dan akhirnya beraksi buat kali pertama di EFL pada 13 September 2022.