Advertisement
Richard Chin Sertai Kelab Divisyen Enam England
Eropah
MakanBola
Richard Chin

Sebaik pulang daripada menjalani latihan bersama skuad B-23 negara, bek tengah Charlton Athletic, Richard Chin dipinjamkan ke kelab divisyen enam England, Dartford.

Perpindahan pinjaman itu diumumkan oleh kedua-dua pasukan di laman media sosial rasmi mereka awal pagi tadi.

Richard bukan asing dengan pasukan itu kerana sudah beraksi dengan The Darts secara pinjaman pada musim lepas.

Perpindahan ini diluluskan bagi membolehkan beliau kekal cergas dan mendapatkan minit permainan yang penting.

“Richard Chin telah menyertai Dartford secara pinjaman sehingga 23 Disember.

“Graduan akademi berusia 21 tahun itu bermain sebanyak lapan kali bersama pasukan National League South itu musim lepas dan telah membuat dua penampilan pasukan utama untuk The Addicks musim ini.

“Semua orang di kelab ini ingin mengucapkan selamat berjaya kepada Richard bila beliau kembali ke Princes Park,” kata pengurusan kelab dalam satu kenyataan.

Selepas perpindahan itu diumumkan, ramai penyokong Dartford mengalu-alukan kepulangan beliau ke Princes Park.

Ramai mengharapkan perpindahan pinjaman tersebut dapat disambung sehingga akhir musim bagi membolehkan Darts layak ke National League (divisyen kelima England) pada musim depan.

Ketika ini, Dartford berada pada kedudukan ke-11 liga dengan 25 mata selepas 19 perlawanan.