Rio Ferdinand Mahu Solskjaer Jaga Maruah, Letak Jawatan Secara Suka Rela
EPL
Stretty News
Advertisements

Pengurus pasukan Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer hanya mampu membawa Manchester United mengutip 4 mata setakat 6 perlawanan yang lepas.

Hal ini tampak memberikan impak yang kurang senang bagi kedudukan pasukan The Red Devils.

Tekanan demi tekanan juga diberikan kepada pengurus yang berasal dari Norway. Turut sama, bekas rakan sepasukannya, Rio Ferdinand telah mempersoalkan tanggungjawab Solskjaer dalam mengendali pasukan.

Advertisements

Hasilnya United kini ketinggalan sembilan mata di belakang Chelsea yang mengungguli tangga teratas liga selepas 11 perlawanan. Ia sekaligus menyukarkan harapan The Reds Devils untuk menjadi juara Liga Perdana Inggeris.

Dalam pada itu, Rio Ferdinand juga mengakui bahawa inilah masa yang sesuai untuk Solskjaer meninggalkan kelab seterusnya memberikan tanggungjawab itu kepada orang lain.

Mengenai episod terbaharu podcast vibe with fivenya yang popular, Ferdinand telah mengulas beberapa perkara tentang pasukan kesayangannya itu.

Advertisements

“Saya tidak bimbang tentang pemain yang melihat kebolehan mereka sendiri dan bertanya apa lagi yang boleh mereka lakukan.”

“Pemain juga perlu mengambil tanggungjawab itu, dan meletakkan pasukan dalam kedudukan untuk mencuba dan seterusnya memburu kemenangan.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram