Advertisements
RIP: Rempuhan ‘Nyawa’ Dikepala Taufik Ramsyah Selepas Selamatkan Gawang
Dunia
MakanBola
@tornadofcpekanbaru

Indonesia dikejutkan dengan berita seorang penjaga gol muda, Taufik Ramsyah yang mengalami kecederaan parah di kepala dalam perlawanan bola sepak baru-baru ini telah disahkan meninggal dunia semalam selepas dirawat di hospital.

Ketika itu, penjaga gol berusia 20 tahun itu mewakili pasukan Tornado FC Pekan Baru dalam saingan Liga 3 Indonesia menentang Wahana FC. Kejadian tersebut berlaku di Stadium Universiti Riau pada hari sabtu, 18 Disember 2021 yang lalu. 

Difahamkan, Taufik serta-merta tidak sedarkan diri selepas pertembungan itu berlaku. Pasukan perubatan kemudiannya membuat keputusan untuk membawa Taufik ke hospital untuk terus menjalani pembedahan kerana tidak sedarkan diri.

“Kami takut bertembung dengan pemain kami. Bagaimanapun, selepas beberapa kali video itu kami tayangkan semula (kejadian Taufik Ramsyah terhantuk di kepala), ternyata pertembungan dengan pemain Wahana,” kata Edwin kepada media.

Selepas beberapa hari dirawat di hospital, Taufik dilaporkan meninggal dunia pada selasa, 21 Disember 2021. Pemergian penjaga muda tersebut menyentuh hati orang ramai oleh kerana semangat dan pengorbanannya terhadapa sukan bola sepak ini tidak dapat dilupakan.

Untuk keputusan perlawanan tersebut, pasukan Tornado FC berjaya menewaskan Wahana dengan jaringan 4-1 sekaligus melayakkan pasukan Tornado untuk mara ke final Liga Zon 3 Riau.

Related Articles