Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kini menerima satu lagi penaja bagi musim 2023 apabila mengumumkan kerjasama dengan Alrajhi Bank hari ini.
Alrajhi dengan kerjasama sebuah bank digital inovatif di bawahnya yang dikuasakan oleh Al Rajhi Banking & Investment Corporation yang bersedia untuk merevolusikan perbankan abad ke-21 di Malaysia yang dikenali sebagai Rize MY.
Alrajhi juga merupakan perbankan Islam terbesar di dunia dan menjadi bank ke-3 terbesar di Malaysia.
MFL menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stuart Ramalingham berbesar hati untuk mengumumkan kerjasama ini.
Sebelum ini, MFL juga telah memetrai beberapa kerjasama dengan syarikat lain antaranya ialah Bubbles O2, Colgate dan banyak lagi demi merancakkan lagi saingan Liga Malaysia 2023.
Malah, menerusi satu kenyataan oleh Pengurus Alrajhi Bank, pihaknya berbesar hati untuk mendapat peluang buat kali pertamanya dengan MFL.
Beliau berharap usaha kecil ini dapat membentuk laluan untuk skuad kebangsaan mendapat semula rentak dalam misi mara ke Piala Dunia.
Sebagai ganjaran, Rize menawarkan potongan sebanyak 10 peratus kepada man-mana pihak yang menggunakan platform tersebut untuk membeli tiket bagi aksi Liga Super.
Kerjasama ini bakal memberi nilai tambah kepada arena bola sepak Malaysia.