RM60 Juta Jadi Habuan Wolves Jika Bantu Liverpool Juara EPL
Dunia
Sports Bible
Advertisements

Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) dilaporkan akan menerima sejumlah wang sebanyak RM60 Juta daripada Liverpool jika mereka berjaya membantu pasukan itu menjuarai liga.

Liverpool akan melayan kunjungan pasukan tersebut di Anfield hari ini dalam usaha untuk memintas kedudukan City sambil mengharapkan pasukan kendalian Pep Guardiola keciciran mata menentang Aston Villa.

Hal ini disebabkan perpindahan pemain sayap, Diogo Jota pada tahun 2020 dengan yuran perpindahan sebanyak 45 Juta Euro telah menjadikan pemain itu antara watak penting buat barisan serangan Jurgeb Klopp.

Advertisements

Oleh itu, Liverpool perlu membayar bonus tambahan kepada Wolves sekitar RM 60 Juta sekiranya Jota berjaya membantu mereka menjadi juara EPL.

Pemain berusia 25 tahun itu telah pun menjaringkan 21 gol secara keseluruhannya musim ini selain menjadi penjaring gol kedua terbanyak Liverpool dalam kempen EPL dengan 15 gol.

Liverpool dijangka tidak berdepan tugas sukar untuk membenam cabaran pasukan kendalian Bruno Lege sementara City bakal menentang cabaran hebat anak didik Steven Gerrard malam ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram