RM37 Juta Bakal Jadi Milik JDT

SSI RM37 Juta Bakal Jadi Milik JDT
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim (TMJ) mendedahkan bahawa kelab tersebut bakal menerima pelaburan bernilai 8 Juta Euro (RM37 Juta) daripada sebuah syarikat luar negara.

Pelaburan luar biasa ini akan dijalankan untuk tempoh tiga tahun namun TMJ menegaskan bahawa perkara ini masih belum boleh didedahkan dengan lebih terperinci kerana masih dalam proses perbincangan.

TMJ juga mengesahkan bahawa pihak Nike akan menyambung kontrak mereka bersama JDT.

“Ini adalah syarikat dari luar negara, dimana mereka ingin melabur untuk tiga tahun di dalam JDT untuk 8 Juta Euro. Namun, perkara ini kami tidak boleh dedahkan lagi.

“Ini menunjukkan satu pengiktirafan yang tinggi, kami sudah berkolaborasi dengan UNICEF, Nike. Nike akan sambung kontrak mereka. Saya rasa sebagai pemilik kelab ni, sangat bosan kerana saya dah tahu corak jersi dari tahun 2023 hingga 2027.

“Banyak penaja membuat penilaian yang rapi dan juga percaya kepada potensi kami sebagai sebuah kelab,” jelas TMJ semasa sesi dialog bersama penyokong di Stadium Sultan Ibrahim.

Selain UNICEF dan Nike, antara jenama antarabangsa lain yang turut bekerjasama dengan JDT ketika ini termasuk HUBLOT dan Subway.