Jurulatih Urawa Reds Luah Kerisauan Hadapi JDT
Dunia
AFC
Advertisements

Ketua jurulatih Urawa Red Diamonds, Ricardo Rodriguez mengakui pertembungan dengan JDT bukanlah satu tugas yang mudah.

Perlawanan pusingan kalah mati ini bakal menjadi penentu bagi pasukan untuk layak ke suku akhir namun beliau sedar cabaran sengit yang bakal dibawa oleh pasukan Harimau Selatan ketika berkunjung ke Jepun.

Mengulas lanjut, pengendali berusia 45 tahun itu mengakui dua kemenangan terakhir pasukannya menjadi tonik terbaik untuk kembali ke landasan yang tepat bagi berdepan JDT esok.

Advertisements

“Ia sangat penting buat kami untuk sampai ke tahap ini dan kini kami perlu mempamerkan satu persembahan yang baik ketika berdepan JDT.”

“Bermain selaku tuan rumah sudah semestinya baik tetapi kami perlu bekerja keras dan beraksi dengan sebaik mungkin kerana tahap semua pasukan adalah tinggi,” jelasnya.

Rodriguez juga mengakui beliau teruja dengan kemajuan mendadak yang dipamerkan oleh anak buah Hector Bidoglio dan mahu memastikan para pemainnya waspada dengan aksi JDT nanti.

Advertisements

“Johor sudah mempamerkan kemajuan mendadak sejak tahun 2015 dan mereka mempunyai pemain tempatan dan import yang berkualiti.”

Beliau juga tidak menjangkakan satu perlawanan yang mudah kerana JDT sudah pun mengalahkan pasukan terbaik di Jepun dan Korea sekaligus membuatkan mereka lebih berhati-hati.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram